TecHcoMgrOup MemBers

TecHcoMgrOup MemBers
Teknologi komunikasi dan pekerjaan adalah faktor perubahan dalam pekerjaan pada masa kini lebih memerlukan tenaga mesin dari tenaga manusia.

Tuesday, February 1, 2011

KEBERKESANAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI

     Perkembangan teknologi komunikasi di negara kita kini seiring dengan negara-negara maju yang lain.Walaupun perkembangan tidak sehebat negara Barat, namun kebanyakan organisasi di negara kita bergerak seiring dengan perkembangan yang dibawa oleh negara luar. Pelbagai teknologi telah digunakan dan diaplikasikan dalam setiap organisasi. Ternyata masyarakat kini dapat menerima teknologi- teknologi  yang baru diperkenalkan dengan baik.
     Proses komunikasi dalam organisasi amat penting untuk menguruskan sesebuah syarikat. Menurut Tabrani, (1996 ), dalam sesebuah organisasi seharusnya terdapat rantaian komunikasi yang erat daripada pengurusan atas ke bawah dan kejayaan dalam berkomunikasi yang jelas dan cepat adalah penting demi kecekapan organisasi.
    Komunikasi dalam organisasi dikatakan satu proses kerana setiap organisasi mempunyai sistem yang dinamik dan tebuka. Hubungan dalam organisasi dan perhubungan organisasi dengan orang luar dalam proses pertukaran mesej sering berlaku.
     Walaupun pada permulaan kemunculan teknologi baru organisasi dan tenaga kerja agak kekok dan sukar memahaminya, namun kini setelah dipelajari dan dipraktikkan dari masa ke semasa, ianya menjadi mudah dan kerja- kerja dalam sesebuah organisasi menjadi lebih fleksibel. Kemunculan mesin, telefon, internet dan teknologi- teknologi yang lain memudahkan perhubungan dan mengurangkan tekanan kepada pekerja. Kerja- kerja serta aktiviti- aktiviti organisasi dapat dilakukan dengan cepat, mudah dan berkesan.
    Menurut Richmond dan McCrosky (1992) dalam buku mereka yang bertajuk Organizational communication for Survival, mereka telah memberikan enam fungsi komunikasi dalam organisasi iaitu untuk memberitahu, mengawal, menggabung, mengurus, memujuk dan mesosialisasi. 
     Jika dibandingkan dengan masa lalu, tiada perkembangan teknologi menyebabkan aktiviti- aktiviti organisasi mengambil masa yang lama untuk sesuatu urusan dan tekanan kerja kepada pekerja- pekerja yang terpaksa menguruskan tugasan secara tradisional. Selain itu, teknologi yang canggih dan moden juga dapat mengurangkan tenaga pekerja. Organisasi tidak perlu menggaji ramai pekerja untuk aktiviti- aktiviti yang boleh diuruskan oleh mesin. 
      Selaras dengan kemajuan teknologi, proses komunikasi dalam organisasi menjadi lebih mudah dan cepat dengan adanya internet. Majikan masih boleh menyampaikan maklumat kepada pekerjanya di luar waktu bekerja. Pihak pengurusan terutamanya jabatan sumber manusia boleh berkongsi maklumat tenaga pekerjanya dengan cawangan organisasi mereka dengan mengunakan internet.

No comments:

Post a Comment