TecHcoMgrOup MemBers

TecHcoMgrOup MemBers
Teknologi komunikasi dan pekerjaan adalah faktor perubahan dalam pekerjaan pada masa kini lebih memerlukan tenaga mesin dari tenaga manusia.

Saturday, April 2, 2011

TEKNOLOGI DAN AGENSI PEKERJAAN

  Teknologi komunikasi memberikan pelbagai kemudahan kepada masyarakat supaya masyarakat dunia menjadi satu masyarakat yang bermaklumat. hampir keseluruhan negara mempunyai rangkaian telekomunikasi agar dapat berhubung dengan negara lain. Oleh disebabkan berlakunya interaksi di antara negara lain maka pelbagai maklumat dapat dikongsi bersama. Bukan itu sahaja, teknologi juga telah mengubah gaya hidup dari pelbagai sudut sehinggalah cara untuk mendapatkan pekerjaan.
   Contohnya, di Malaysia wujudnya Multimedia Super Corridor (MSC) yang telah memfokuskan kepada perubahan ekonomi dari segi ekonomi pertanian kepada ekonomi perindustrian. MSC juga memfokuskan kepada aspek kesihatan, pendidikan, kerajaan dan pengeluaran dengan mewujudkan rangka ketja untuk mayarakat bermaklumat. MSC memberikan projek yang lebih kepada sektor perkhidmatan. Kewujudan MSC telah mewujudkan perniagaan enterprise berasaskan kepada teknologi maklumat. Kelebihan lainnya adalah kemajuan teknologi maklumat telah membekalkan kelas infrasruktur komunikasi, pelabur dapat melibatkan diri dalam pembangunan pertumbuhan ekonomi Makaysia (Wang Lay Kim: Malaysia women in the information and challenge).
  Dengan kepesatan teknologi menyebabkan peluang kian bertambah dan dapat membantu meningkatkan pendapatan negara. Oleh kerana dunia telah berubah maka kehidupan manusia juga turut berubah dimana teknologi berada dihujung jari, kita mampu untuk mendapatkan segala maklumat yang berfaedah dan juga yang tidak bermanfaat. Perkara tersebut bergantung kepada individu tersebut bagai manakah cara untuk mengendalikan teknologi yang ada. Mereka boleh untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat ataupun tidak. Salah satu perkara yang boleh dimaanfaatkan adalah dengan mencari peluang pekerjaan.
   Terdapat pelbagai agensi pekerjaan yang dapat membantu individu ataupun syarikat untuk mendapatkan pekerjaan. Ia hanya bergantung kepda diri kita untuk mencari sumber kepada sesuatu pekerjaan tersebut. Antara agensi yang tekenal dan sering dikaitkan dengan pekerjaan adalah Jobstreet, Yahoo, Hot Job, Mudah.com(Monster), Mudah.my yang juga nenawarkan peluang pekerjaan dan bukan sekadar menawarkan lelongan barangan sahaja. Begitu juga dengan portal kerajaan yang kini bersifat maya untuk rakyat mendapatkan peluang pekerjaan di jabatan kerajaan. Portal tersebut adalah spa8.gov.com.my. Dahulunya jabatan yang sinonim dengan peluang pekerjaan adalah Jabatan Buruh. Mereka menjadi pusat rujukan kepada rakyat untuk mendapatkan pekerjaan. Namun begitu, fungsi tersebut telah dikurangkan dengan kewujudan teknologi seperti internet. Masyarakat mampu untuk mengakses terus kepada kerajaan tanpa perlu bersusah payah untuk pergi ke pejabat buruh lagi.  
  Individu yang ingin mencari pekerjaan hanya perlu menaip resume dan menghantar kepada organisasi yang dipilih dan dirasakan bersesuaian dengan kelayakan, pengalaman yang ada dan memenuhi syarat yang diminta oleh organisasi tersebut. Kemudian hanya hantarkan email kepada syarikat tersebut atau menelefon untuk mendapatkan pengesahan dari pihak organisasi tersebut. Kemudian sebarang tindakbalas dan jawapan diberikan melalui email. Benarlah apa yang dikatakan oleh Marshall McLuhan didalam teorinya "Global Village". Teknologi membantu memudahkan kehidupan manusia dan juga dapat menjimatkan masa. Menyebabkan manusia mempunyai masa terluang.
              
              Antara agensi pekerjaan yang terdapat di Malaysia adalah:-

Aspirasi Graduan- http://www.graduan.com.my/
Membuka peluang dan membangunkan pekerjaan kepada graduan Malaysia.

Website ini membekalkan perkhidmatan untuk mengrekrut pencari kerja dan majikan dengan cara terbaik untuk mendapatkan pekerja terbaik dan menjadi majikan yang bertanggungjawab.

EML-BNB Group- http://www.emlbnb.com/
Pencari eksekutif dan mengiklankan rekrut pekerja.

Membangunkan kerjaya dengan mencari kerja di Malaysia, Singapura, profile korporat, sumber tentang mencari kerja, gaya untuk temuduga, rangkaian kerja, pengurusan kerja, kemahiran pengurusan berhubung terus dengan institusi penasihat untuk kerjaya. Menjadi pusat untuk pekerja dan majikan.

   Hampir kesemua agensi diatas menawarkan perkhidmatan pekerjaan, mengrekrut pekerja, membekalkan pengetahuan didalam undang-undang pekerjaan, mencari pekerja yang berbakat, sumber manusia, menyediakan perkhidmatan nasihat berkaitan dengan pengurusan pekerjaan dan perniagaan. Ada diantara agensi yang menyediakan pusat latihan kepada pekerja sacara atas talian. Melalui teknologi manusia hanya perlu mengakses kepada apa yang mereka kehendaki saja. Bergantung juga kepada individu tersebut cara ia memasarkan diri dipasaran kerja ini kerana persaingan untuk mendapatkan kerja adalah sangat sengit.




Tuesday, March 15, 2011

TEKNOLOGI DAN PEKERJAAN DALAM BIDANG PROFESSIONAL

Teknologi Maklumat (IT) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan satu teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data serta membentuk komunikasi teknologi kini yang telah digitization. Ruang lingkungan tajuk yang sangat luas mengenai segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah mengenai penggunaan komputer dan perisian adalah untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Selain itu, kini perubahan dalam pekerjaan lebih memerlukan tenaga mesin berbanding dengan tenaga manusia. Maka mesin telah mengambil alih pekerjaan yang sebelum ini dilakukan oleh manusia.

Menurut Tun Dr. Mahathir Mohd (1991), di dalam bukunya iaitu “20 tahun yang mengubah wajah Malaysia”  pernah berkata penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan. Dengan adanya kemudahan tersebut, negara Malaysia boleh melahirkan tenaga kerja mahir bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap profesionalismanya tetapi juga sentiasa bersedia untuk menerima perubahan. Di samping itu, Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor) ialah sebuah rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi maklumat. Tujuan (MSC) ini adalah mengubah rakyat supaya menjadi masyarakat yang berasaskan pengetahuan untuk menjurus ekonomi yang baru. Selain itu, Kehadiran teknologi dan sistem komputer telah menyebabkan pekerjaan mereka menjadi senang dan fleksibel. Oleh itu, bukan semua pekerja boleh menerima perubahan. Sebagai contohnya, pekerja emosional tidak boleh terima perubahan tersebut. Beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.
Menurut David Zimmerman terhadap CEO Hewlett-Packard dan IBM (1995), menyatakan bahawa kedua-kedua syarikat tersebut ingin mengabungkan teknologinya untuk menjadikan salah satu aktiviti perniagaan  yang berjaya di peringkat dunia hingga ke hari ini. Sebelum ini, mereka hanya menjalankan aktiviti di sekitar eropah dan sebagainya, dan apabila menerima teknologi yang canggih iaitu lain dari yang lain maka kedua-dua syarikat tersebut berjaya menjalankan aktiviti perniagaan tersebut. Sebagai contoh, seorang penganalisis telekomunikasi di Rutgers University di New Brunswick  NJ, dan merupakan salah seorang pengguna Hewlett-Packard, beliau menyatakan "Saya menganggap HP telah menjadi salah satu teknologi rangkaian yang  paling baik setakat ini." Dalam syarikat, IBM telah  melabur $ 100 juta untuk membangunkan peralatan rangkaian yang cepat seperti,  membawa data, suaratransmission video menggunakan mod pemindahan asinkron (ATM) teknologi dan 4G. Apabila mengadaptasikan teknologi masa kini perniagaan beliau kian maju dan berjaya di peringkat globalisasi. Contoh lain seperti, Digital Equipment Corp merupakan salah satu anak syarikat HP membuat kemajuan dengan GigaSwitch, hub revolusi iaitu kelajuan menghantar data kepada pengguna lain(FDDI). FDDI konvensional memindahkan data sebanyak 100 Mbps, dengan beberapa saat dikongsi di antara pengguna lain dengan tersebar luas informasi yang membawa zero sum society.

Menurut Daniel Bell (1986), menyatakan bahawa maklumat akan dapat di kongsi bersama di dalam ahli masyarakat serta memberi masa lapang kepada wanita dan kelas pekerjaan masa kini. Selain itu, masyarakat zaman industri telah berubah secara radikal daripada aktiviti pengeluaran berubah kepada barangan atau perkhidmatan berasaskan maklumat. Sebagai contoh, internet menjimatkan masa seperti boleh berurusan secara online untuk pembayaran bil transaksi bank (Maybank2u), dan shopping secara online (Ebay). Di samping itu, mereka juga boleh memaksimumkan kuasa telekomunikasi dan meminimumkan masa perjalanan agar mempunyai lebih banyak masa bersama-sama dengan keluarga serta mereka boleh melakukan aktiviti di rumah.


Tuesday, March 8, 2011

Perdagangan elektronik - saluran perniagaan baru


Perdagangan Elektronik, juga dipanggil E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaiitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi.  Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk  mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai.
 
 Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet.  Ini sudah tentunya bermula dengan sebuah komputer, modem dan talian telefon. Penggunaan E-dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun demi setahun sesuai dengan meningkatan penerimaan IT di kalangan masyarakat, walau bagaimanapun di antara yang membelenggu penerimaan e-dagang secara lebih meluas di kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih tidak boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan cara-cara tradisional perdagangan.

Integrasi perniagaan

E-dagang semakin meluas digunakan di kalangan masyarakat Internet terutama di negara-negara barat mulai pada pertengahan tahun 1990an.  Malah e-dagang sekarang ini diakui oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan pakar-pakar pemasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan lagi dan menjadi satu alternatif wajib untuk apa jua jenis perniagaan yang ingin pergi ke peringkat antarabangsa.
Salah satu kebaikan dan keuntungan daripada menggunakan kaedah e-dagang ini ialah perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat-syarikat yang berhubung baik sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan yang berkenaan. Dengan cara ini pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan daam sekelip mata yang dahulunya mungkin dibelenggu oleh karenah mengisian borang-borang kertas dan birokrasi.

Secara idealnya semua ini dapat dijalankan dengan efisyen oleh semua pihak yang terlibat dalam rangkaian e-dagang itu dan tidak dibelenggu oleh isu-isu ketidakserasian (incompatibility) atau piawaian (standard) teknologi dan telekomunikasi yang tidak serupa.  Ini telah ditawarkan oleh teknologi Internet yang menggunakan protokol telekomunikasinya yang dipanggil TCP/IP yang telah diterima pakai sebagai satu piawaian yang membolehkan sebarang pelantar (platform) komputer dapat saling berhubung dan bertukar maklumat dengan mudah.  Pengguna Web juga dapat berinteraksi dengan dunia Web dengan mudah dengan hanya menggunakan sebuah perisian pelayar Web (Web browser) seperti Netscape Navigator, Internet Explorer dan lain-lain lagi.

Penggunaan e-dagang oleh sesebuah syarikat itu juga dapat membantu mengintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat tersebut dengan sesebuah transaksi perniagaan itu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.  Sebagai contohnya apabila pelanggan membuat tempahan pembelian menerusi e-dagang, tempahan tersebut boleh dengan serta merta dihantar kepada beberapa bahagian dalaman yang berkenaan seperti bahagian penjualan, bahagian logistik dan bahagian pembuatan.  Dengan ini pengkoordinasian dalaman untuk memenuhi pesanan tersebut akan menjadi lebih efisyen.
E-dagang sebenarnya terdiri daripada beberapa komponen yang mempunyai ciri-ciri dan fungsinya yang tersendiri sebagai contohnya Pertukaran Data Elektronik atau Electronic Data Interchange (EDI), Internet, pensijilan digital, tandatangan digital, wang digital, Electronic Funds Transfer , Electronic Catalogs, Intranets, Kod Bar dan lain-lain lagi.

Jenis-jenis E-dagang

E-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu di antara perniagaan  dan perniagaan dan yang keduanya di antara perniagaan dan pengguna. Jenis e-dagang yang pertama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau lebih perniagaan atau syarikat di mana seringkali satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain.  Sebagai contohnya pengeluar kicap akan berinteraksi dengan sebuah pasaraya dalam proses memesan, menghantar dan membayar pesanan botol-botol kicap.

Jenis e-dagang yang kedua pula iaitu di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual akhir sesuatu produk itu misalnya sebuah pasaraya yang menjual produk-produk kepada pengguna terakhir ialah orang ramai yang memesan satu atau dua botol kicap melalui e-dagang.
Dari segi jumlah transaksi yang dilakukan melalui e-dagang, jenis pertama iaitu transaksi di antara perniagaan dengan perniagaan sebenarnya paling banyak memberi kemanfaatan kepada sesebuah syarikat itu kerana jumlah pesanan di antara perniagaan seringkali besar dan kerap berbanding dengan di antara perniagaan dengan pengguna akhir.  Walau bagaimanapun perkara ini mungkin berubah apabila lebih ramai pengguna akhir menggunakan e-dagang untuk membeli barangan seharian seperti kicap, bunga, beras, baju, kereta dan lain-lain keperluan konsumer sesebuah mesyarakat itu.

Skop E-dagang

Secara amnya pasaran E-dagang meliputi enam bidang iaitu pengiklanan, pendidikan, kewangan, bidang professional, peruncitan dan pelancongan. Keenam-enam bidang ini telah menyumbang kepada pertumbuhan E-dagang yang memberangsangkan. Dalam tahun 1998 sahaja jumlah pendapatan pengiklanan menerusi Internet telah mencecah sehingga AS$1.3 bilion dan jumlah aset yang berjaya diurusniagakan oleh broker dalam talian adalah AS$420 bilion. Dalam bidang pendidikan pula jumlah penuntut jarak jauh telah meningkat daripada 120 ribu pelajar pada tahun 1997 kepada 710 ribu pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat kepada 2.2 juta penuntut menjelang tahun.

Dalam bidang professional pula seperti bidang perubatan, penggunaan teleperubatan telah meningkat sejumlah 300 peratus di seluruh dunia dan lebih 3 juta orang telah menerima manfaat daripada teleperubatan pada tahun 1998. Bidang kewangan pula telah menyaksikan peningkatan dalam pembelian aplikasi perbankan Internet kepada AS$93 juta pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat kepada AS$326 juta pada tahun 1999. Pada tahun 1997 hanya AS$100 juta diperolehi daripada penempahan tiket melalui Internet tetapi angka ini dijangka akan  meningkat kepada AS$3.1 bilion pada tahun 2002. Dalam masa yang sama pengguna yang menggunakan Internet untuk merancang perjalanan mereka akan meningkat daripada 3.1 juta kepada 11.7 juta pengguna.

Saiz E-dagang

Menurut sebuah kajian oleh sebuah syarikat penyelidikan IntelliQuest's Worldwide Internet/Online Tracking Service hanya 12 peratus pengguna Internet menggunakan E-dagang. Ini merupakan satu peratusan yang akan mengecewakan dan merupakan satu potensi yang besar untuk diperkembangkan lagi pada masa depan.  Malah menurut sebuah lagi kajian oleh Computer Intelligence hanya dua peratus daripada 4.8 juta perniagaan yang berkomputer seluruh dunia menggunakan E-dagang untuk menjalankan kesemua atau sebahagian daripada transaksi perniagaannya.
Menurut perangkaan terkini saiz pengguna Internet akan meningkat kepada lebih 200 juta pengguna untuk akses melalui sambungan dail terus dan seramai 17.5 juta lagi yang menggunakan sambungan tetap seperti talian suwa (leased line) dan daripada itu dianggarkan seramai 35 juta pengguna akan membuat pembelian melalui Internet.

Dua syarikat penyelidik iaitu Forrester Research dan Cowles/Simba pula telah melakukan penyelidikan mengenai profil pengguna yang melakukan e-dagang  menerusi Internet. Kajian ini mendapati bahawa pembeli kebanyakannya terdiri daripada kaum lelaki yang mempunyai jumlah pendapatan setahun sebanyak RM50,000 dan berusia lebih daripada 30 tahun.  Hasil kajian yang sama juga menjangka bahawa urusniaga pembelian menerusi e-dagang akan meningkat lebih kurang 10 peratus setiap tahun bermula daripada nilai AS$800 juta pada tahun 1997 kepada AS$8 bilion menjelang tahun 1999.

Dengan kesedaran yang semakin meninggi tentang E-dagang maka dijangkakan pada tahun 2001 jumlah ini akan melonjak kepada lebih AS$546 bilion yang akan diurusniagakan dalam talian dan jumlah ini dijangkakan akan terus meningkat. Media yang akan mempopularkan E-dagang adalah seperti menerusi Internet dan juga menerusi kaedah elektronik yang lain seperti TV interaktif dan telefon berskrin.
Pada tahun 1998, jualan produk komputer merupakan produk yang paling laris dijual dengan menggunakan e-dagang sehingga mencecah AS$196.2 juta, ini diikuti oleh produk pengguna (AS$186 juta), majalah dan buku (AS$38.3 juta) dan produk hiburan dan muzik (AS$ 35 juta).

Jaminan pengguna

Para pengguna kad kredit seperti VISA dan Mastercard tidak akan menghadapi sebarang masalah apabila mereka menggunakan kad kredit mereka untuk membeli-belah menerusi Internet. Dengan kehadiran teknologi enkripsi data seperti Secure Sockets Layer (SSL) dan Secure Electronic Transaction (SET) maka pengguna akan lebih terlindung untuk melakukan pembelian menerusi Internet. Satu alternatif lain pula ialah dengan mengunakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti Net.Trader,  Cybercash dan DigiCash yang membolehkan menghantaran wang menerusi talian tanpa menggunakan sebarang nombor kad kredit.
Lain-lain teknologi yang mennyokong dan menambahkan keselamatan transaksi e-dagang termasuklah sistem kriptografi PKI atau Public Key Infrastructure dan sijil digital.  PKI dan sijil digital bertindak seperti kad pengenalan yang akan mengesahkan identiti sebenar pengguna dan penjual dalam setiap transaksi e-dagang dan ini meningkatkan kebolehpercayaan transaksi tersebut.

Sunday, February 27, 2011

Keberkesanan MSC dalam teknologi pekerjaan

         Multimedia Super Koridor (MSC) yang diperkenalkan oleh bekas perdanamenteri keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. MSC ini ialah sebuah rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi maklumat. MSC juga dikenali sebagai Koridor Raya Multimedia bertujuan untuk menarik syarikat – syarikat dengan pengecualian cukai kerajaan sementara serta kemudahan – kemudahan lain seperti internet yang berkelajuan tinggi dan lokasinya yang berdekatan dengan lapangan terbang antarabangsa (KLIA). Dengan adanya projek ini akan merancakkan lagi teknologi dalam pekerjaan. Dengan wujudnya projek ini akan menggurangkan pengangguran dalam negara. Projek ini juga akan memudahkan pelaburan asing masuk kedalam negara dan akan menjana teknologi yang lebih maju dan membuka peluang pekerjaan di negara kita.

       Multimedia Super Koridor (MSC) yang dibangunkan untuk kemajuan teknologi ini akan merancakkan bidang pekerjaan dengan menjadikan teknologi di pejabat lebih cekap dan maju. Syarikat dapat memasarkan atau memperkenalkan produk dengan lebih cekap disebabkan kewujudan teknologi internet. Produk sesebuah syarikat dapat dipasarkan dengan lebih cekap dan ini akan memudahkan pemasaran ditahap global.
Selain itu, dengan adanya teknologi yang dibangunkan kerajaan ini akan mempercepatkan sesebuah industri kecil dan sederhana (IKS) memperkenalkan produk mereka untuk merentasi sempadan dan negara.

       Kerajaan membangunkan projek ini adalah untuk menjadi Malaysia setarap dengan negara maju dan Malaysia tidak mahu ketinggalan dari segi kemajuan teknologinya.

Wednesday, February 16, 2011

TEKNOLOGI PEKERJAAN MEMBERI KESAN KEPADA MASYRAKAT

Kesan kepada Masyarakat :Baik atau Buruk?


Negara yang pesat dan maju bukan sahaja boleh melihat dari segi politik dan ekonomi, tetapi ia juga boleh melihat berdasarkan teknologi. Contohnya, negara maju seperti US, Jepun, Korea boleh dianggkap Negara yang maju disebabkan Negara itu mempunyai teknologi yang agar canggih. Persoalan sudah datang: Adakah teknologi ini boleh membawa kemajuan sesebuah Negara? Seterusnya, teknologi yang canggih boleh membawa kesan positif atau negatif kepada masyarakat dalam pekerjaan.
Mengikut pandangan falsafah, mereka menggapkan teknologi ini hanya satu perkakasan dalam sebuah struktur organisasi yang mengandung nilai-nilai sosial, kemungkinan setiap individu mengumpulkan, memproses dan salin tukar-menukar informasi dengan individu-individu lain. Sebenarnya, hanya kepakaran dalam bidang komputer menggunakan perkakasan ini untuk menjalankan urusan dan perniagaan sahaja. Akan tetapi, teknologi ini juga boleh membawa impak positif kepada masyarakat dalam pekerjaan.
Untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara maju pada tahun wawasan 2020.
Tun Daktor Mahathir (1991) pernah berkata penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan. Dengan adanya kemudahan tersebut, Negara Malaysia baru boleh melahirkan tenaga kerja mahir yang bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap profesionalismanya tetapi juga sentiasa bersedia untuk menerima perubahan
Dengan adanya kemudahan ini, kerja kita akan menjadi ringan berbanding dengan dahulu. Pada tahun 60an-70an, dalam sebuah kilang kereta mereka hanya mengupah juruteknik untuk memasangkan kereta, tetapi sekarang masa sudah berubah hanya mesin atau robot yang tolong memasangkan kereta. Jadi, kerja juruteknik hanya berdiri di sebelah mesin dan jaga sahaja. Selain itu, kereta yang dihasilkan pada masa ini agar banyak berbanding pada zaman dahulu.
            Dengan adanya kemudahan teknologi dalam pekerjaan, masa yang digunakan adalah pendek berbanding dengan dahulu. Pada zaman dahulu, mereka hendak menulis data-data perniagaan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dan menggunakan file untuk simpan sahaja. Oleh itu, kebanyakan orang akan mengalami masalah dokumen hilang atau tercicir. Sekarang dengan adanya kemudahan seperti pendrive atau CD, kedua-dua perkakas ini boleh menolong kita menyimpan  data-data perniagaan. Selain itu, kita hanya taip nama pelanggan di dalam file itu, ia akan tolong kita mengeluarkan semua data dan informasi.
            Sebaliknya, teknologi ini boleh membawa impak negatif kepada masyarakat. Oleh sebab adanya kemudahan internet, mereka akan menggunakan masa bekerja untuk membuka facebook, msn, skype dan sebagainya. Malahnya, hasil kerja pekerja akan menjadi lambat dan tidak efisen. Ini akan mempengaruhi pengeluaran syarikat itu menjadi kurang.
            Selain itu, teknologi dalam pekerjaan akan membawa negatif kepada pekerja malas akan menjadi lebih malas. Sebagai contohnya, pekerja akan fikirkan perkakasan mesin atau robot ini boleh tolong mereka membuat kerja. Jadi, mereka hanya menekankan butang mesin sahaja, selepas itu mesin akan tolong mereka menghasilkan produk sahaja. Dengan adanya sikap pekerja itu, mereka akan menjadi lebih malas berbanding pada zaman dahulu.

Friday, February 11, 2011

TEKNOLOGI PEKERJAAN DAN REMAJA

Teknologi berasal dari bahasa Yunani, (tekhnologia) sehingga secara zahirnya bererti pembelajaran atau ilmu pekerjaan. Teknologi dapat dibahagikan kepada beberapa hal. Teknologi tidak dapat dipisahkan dari hidup manusia. Contoh teknologi yang kita gunakan itu dapat dilihat pada benda-benda di sekitar kita, misalnya radio. Radio dikembangkan oleh Guilelmo Marconi dari Italia sejak tahun 1895. Komputer juga merupakan contoh teknologi yang sangat memudahkan manusia. Pada awal dikembangkannya pada tahun 1945, komputer berukuran sebesar satu ruangan, tetapi kini komputer berukuran sangat kecil dan dapat dibawa ke mana-mana saja.

Dalam kenyataannya seorang remaja ketika menentukan pilihan kerjayanya, seringkali tidak dilakukannya sendiri. Berk (1993) menyatakan bahawa penentuan dan pemilihan kerjaya seorang remaja ditentukan oleh berbagai faktor antaranya orang tua, teman-teman, jantina, dan ciri-ciri diri sendiri. Berikut adalah penjelasan mengenai faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya pekerjaan pada remaja.


Remaja hari ini lebih gemar dan cenderung memilih bidang pekerjaan yang lebih ke arah praktikal seperti automobil, IT, dan banyak lagi. Pemilihan bidang pekerjaan ini mungkin disebabkan oleh remaja sekarang lebih sukakan sesuatu yang lebih mencabar, kreatif dan mempunyai sifat ingin tahu. Menurut sebuah penelitian dan kajian terhadap 500 orang remaja dan 1030 orang dewasa yang dilakukan oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT) serta bekerjasama dengan Lemelson, dapat menyimpulakan bahawa “Para remajalah yang akan menentukan dan melakukan semua inovasi teknologi itu”. selain itu, ia juga merungsikan apakah remaja-remaja saat ini sudah benar-benar menyedari bahawa akan pentingnya makna inovasi, kerana menurut penelitian tersebut dapat disimpulkan bahawa para remaja pada hari ini kurang berminat terhadap pekerjaan yang lebih ke arah pengajaran.


Tidak dilupakan, pada kenyataannya, lingkungan pergaulan dalam kelompok remaja cukup memberi pengaruh pada diri seseorang dalam memilih jurusan program pembelajaran di SMK maupun IPTA/IPTS. Mereka mungkin merasa tidak selesa kalau tidak sama dalam pemilihan jurusan atau program pembelajaran. Pengaruh teman sebaya ini bersifat eksternal. Bila remaja tidak mempunyai dorongan internal, minat atau kemampuan yang diperlukan untuk menyelesaikan suatu tugas atau tuntutan, maka kemungkinan akan mengalami kegagalan.



Menurut Tun Dr. Mahathir Mohd (1991), di dalam bukunya iaitu “20 tahun yang mengubah wajah Malaysia”  pernah berkata penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan. Dengan adanya kemudahan tersebut, negara Malaysia boleh melahirkan tenaga kerja mahir bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap profesionalismanya tetapi juga sentiasa bersedia untuk menerima perubahan. Di samping itu, Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor) ialah sebuah rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi maklumat. Tujuan (MSC) ini adalah mengubah rakyat supaya menjadi masyarakat yang berasaskan pengetahuan untuk menjurus ekonomi yang baru. Selain itu, Kehadiran teknologi dan sistem komputer telah menyebabkan pekerjaan mereka menjadi senang dan fleksibel. Oleh itu, bukan semua pekerja boleh menerima perubahan. Sebagai contohnya, pekerja emosional tidak boleh terima perubahan tersebut. Beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.

Di samping itu, secara normalnya remaja masa ini boleh memilih kerjaya tersendiri dengan mengikut kesesuain. Selain itu, remaja masa kini yang menetukan corak pembangunan, ekonomi  negara pada masa akan datang. Boleh dikatakan bahawa remaja kini lebih pintar berbanding remaja sebelum ini. Remajalah yang akan mencorak sesebuah Negara dan peranan remaja amat penting di dalam perkembangan teknologi masa ini seperti 3G, 4G, telenconfrence dan sebagainya. Oleh itu, remaja masa kini dapat mengikuti perkembangan teknologi dari tahun ke tahun. 




Tuesday, February 1, 2011

KEBERKESANAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI

     Perkembangan teknologi komunikasi di negara kita kini seiring dengan negara-negara maju yang lain.Walaupun perkembangan tidak sehebat negara Barat, namun kebanyakan organisasi di negara kita bergerak seiring dengan perkembangan yang dibawa oleh negara luar. Pelbagai teknologi telah digunakan dan diaplikasikan dalam setiap organisasi. Ternyata masyarakat kini dapat menerima teknologi- teknologi  yang baru diperkenalkan dengan baik.
     Proses komunikasi dalam organisasi amat penting untuk menguruskan sesebuah syarikat. Menurut Tabrani, (1996 ), dalam sesebuah organisasi seharusnya terdapat rantaian komunikasi yang erat daripada pengurusan atas ke bawah dan kejayaan dalam berkomunikasi yang jelas dan cepat adalah penting demi kecekapan organisasi.
    Komunikasi dalam organisasi dikatakan satu proses kerana setiap organisasi mempunyai sistem yang dinamik dan tebuka. Hubungan dalam organisasi dan perhubungan organisasi dengan orang luar dalam proses pertukaran mesej sering berlaku.
     Walaupun pada permulaan kemunculan teknologi baru organisasi dan tenaga kerja agak kekok dan sukar memahaminya, namun kini setelah dipelajari dan dipraktikkan dari masa ke semasa, ianya menjadi mudah dan kerja- kerja dalam sesebuah organisasi menjadi lebih fleksibel. Kemunculan mesin, telefon, internet dan teknologi- teknologi yang lain memudahkan perhubungan dan mengurangkan tekanan kepada pekerja. Kerja- kerja serta aktiviti- aktiviti organisasi dapat dilakukan dengan cepat, mudah dan berkesan.
    Menurut Richmond dan McCrosky (1992) dalam buku mereka yang bertajuk Organizational communication for Survival, mereka telah memberikan enam fungsi komunikasi dalam organisasi iaitu untuk memberitahu, mengawal, menggabung, mengurus, memujuk dan mesosialisasi. 
     Jika dibandingkan dengan masa lalu, tiada perkembangan teknologi menyebabkan aktiviti- aktiviti organisasi mengambil masa yang lama untuk sesuatu urusan dan tekanan kerja kepada pekerja- pekerja yang terpaksa menguruskan tugasan secara tradisional. Selain itu, teknologi yang canggih dan moden juga dapat mengurangkan tenaga pekerja. Organisasi tidak perlu menggaji ramai pekerja untuk aktiviti- aktiviti yang boleh diuruskan oleh mesin. 
      Selaras dengan kemajuan teknologi, proses komunikasi dalam organisasi menjadi lebih mudah dan cepat dengan adanya internet. Majikan masih boleh menyampaikan maklumat kepada pekerjanya di luar waktu bekerja. Pihak pengurusan terutamanya jabatan sumber manusia boleh berkongsi maklumat tenaga pekerjanya dengan cawangan organisasi mereka dengan mengunakan internet.