TecHcoMgrOup MemBers

TecHcoMgrOup MemBers
Teknologi komunikasi dan pekerjaan adalah faktor perubahan dalam pekerjaan pada masa kini lebih memerlukan tenaga mesin dari tenaga manusia.

Sunday, February 27, 2011

Keberkesanan MSC dalam teknologi pekerjaan

         Multimedia Super Koridor (MSC) yang diperkenalkan oleh bekas perdanamenteri keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. MSC ini ialah sebuah rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi maklumat. MSC juga dikenali sebagai Koridor Raya Multimedia bertujuan untuk menarik syarikat – syarikat dengan pengecualian cukai kerajaan sementara serta kemudahan – kemudahan lain seperti internet yang berkelajuan tinggi dan lokasinya yang berdekatan dengan lapangan terbang antarabangsa (KLIA). Dengan adanya projek ini akan merancakkan lagi teknologi dalam pekerjaan. Dengan wujudnya projek ini akan menggurangkan pengangguran dalam negara. Projek ini juga akan memudahkan pelaburan asing masuk kedalam negara dan akan menjana teknologi yang lebih maju dan membuka peluang pekerjaan di negara kita.

       Multimedia Super Koridor (MSC) yang dibangunkan untuk kemajuan teknologi ini akan merancakkan bidang pekerjaan dengan menjadikan teknologi di pejabat lebih cekap dan maju. Syarikat dapat memasarkan atau memperkenalkan produk dengan lebih cekap disebabkan kewujudan teknologi internet. Produk sesebuah syarikat dapat dipasarkan dengan lebih cekap dan ini akan memudahkan pemasaran ditahap global.
Selain itu, dengan adanya teknologi yang dibangunkan kerajaan ini akan mempercepatkan sesebuah industri kecil dan sederhana (IKS) memperkenalkan produk mereka untuk merentasi sempadan dan negara.

       Kerajaan membangunkan projek ini adalah untuk menjadi Malaysia setarap dengan negara maju dan Malaysia tidak mahu ketinggalan dari segi kemajuan teknologinya.

Wednesday, February 16, 2011

TEKNOLOGI PEKERJAAN MEMBERI KESAN KEPADA MASYRAKAT

Kesan kepada Masyarakat :Baik atau Buruk?


Negara yang pesat dan maju bukan sahaja boleh melihat dari segi politik dan ekonomi, tetapi ia juga boleh melihat berdasarkan teknologi. Contohnya, negara maju seperti US, Jepun, Korea boleh dianggkap Negara yang maju disebabkan Negara itu mempunyai teknologi yang agar canggih. Persoalan sudah datang: Adakah teknologi ini boleh membawa kemajuan sesebuah Negara? Seterusnya, teknologi yang canggih boleh membawa kesan positif atau negatif kepada masyarakat dalam pekerjaan.
Mengikut pandangan falsafah, mereka menggapkan teknologi ini hanya satu perkakasan dalam sebuah struktur organisasi yang mengandung nilai-nilai sosial, kemungkinan setiap individu mengumpulkan, memproses dan salin tukar-menukar informasi dengan individu-individu lain. Sebenarnya, hanya kepakaran dalam bidang komputer menggunakan perkakasan ini untuk menjalankan urusan dan perniagaan sahaja. Akan tetapi, teknologi ini juga boleh membawa impak positif kepada masyarakat dalam pekerjaan.
Untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara maju pada tahun wawasan 2020.
Tun Daktor Mahathir (1991) pernah berkata penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan. Dengan adanya kemudahan tersebut, Negara Malaysia baru boleh melahirkan tenaga kerja mahir yang bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap profesionalismanya tetapi juga sentiasa bersedia untuk menerima perubahan
Dengan adanya kemudahan ini, kerja kita akan menjadi ringan berbanding dengan dahulu. Pada tahun 60an-70an, dalam sebuah kilang kereta mereka hanya mengupah juruteknik untuk memasangkan kereta, tetapi sekarang masa sudah berubah hanya mesin atau robot yang tolong memasangkan kereta. Jadi, kerja juruteknik hanya berdiri di sebelah mesin dan jaga sahaja. Selain itu, kereta yang dihasilkan pada masa ini agar banyak berbanding pada zaman dahulu.
            Dengan adanya kemudahan teknologi dalam pekerjaan, masa yang digunakan adalah pendek berbanding dengan dahulu. Pada zaman dahulu, mereka hendak menulis data-data perniagaan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dan menggunakan file untuk simpan sahaja. Oleh itu, kebanyakan orang akan mengalami masalah dokumen hilang atau tercicir. Sekarang dengan adanya kemudahan seperti pendrive atau CD, kedua-dua perkakas ini boleh menolong kita menyimpan  data-data perniagaan. Selain itu, kita hanya taip nama pelanggan di dalam file itu, ia akan tolong kita mengeluarkan semua data dan informasi.
            Sebaliknya, teknologi ini boleh membawa impak negatif kepada masyarakat. Oleh sebab adanya kemudahan internet, mereka akan menggunakan masa bekerja untuk membuka facebook, msn, skype dan sebagainya. Malahnya, hasil kerja pekerja akan menjadi lambat dan tidak efisen. Ini akan mempengaruhi pengeluaran syarikat itu menjadi kurang.
            Selain itu, teknologi dalam pekerjaan akan membawa negatif kepada pekerja malas akan menjadi lebih malas. Sebagai contohnya, pekerja akan fikirkan perkakasan mesin atau robot ini boleh tolong mereka membuat kerja. Jadi, mereka hanya menekankan butang mesin sahaja, selepas itu mesin akan tolong mereka menghasilkan produk sahaja. Dengan adanya sikap pekerja itu, mereka akan menjadi lebih malas berbanding pada zaman dahulu.

Friday, February 11, 2011

TEKNOLOGI PEKERJAAN DAN REMAJA

Teknologi berasal dari bahasa Yunani, (tekhnologia) sehingga secara zahirnya bererti pembelajaran atau ilmu pekerjaan. Teknologi dapat dibahagikan kepada beberapa hal. Teknologi tidak dapat dipisahkan dari hidup manusia. Contoh teknologi yang kita gunakan itu dapat dilihat pada benda-benda di sekitar kita, misalnya radio. Radio dikembangkan oleh Guilelmo Marconi dari Italia sejak tahun 1895. Komputer juga merupakan contoh teknologi yang sangat memudahkan manusia. Pada awal dikembangkannya pada tahun 1945, komputer berukuran sebesar satu ruangan, tetapi kini komputer berukuran sangat kecil dan dapat dibawa ke mana-mana saja.

Dalam kenyataannya seorang remaja ketika menentukan pilihan kerjayanya, seringkali tidak dilakukannya sendiri. Berk (1993) menyatakan bahawa penentuan dan pemilihan kerjaya seorang remaja ditentukan oleh berbagai faktor antaranya orang tua, teman-teman, jantina, dan ciri-ciri diri sendiri. Berikut adalah penjelasan mengenai faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya pekerjaan pada remaja.


Remaja hari ini lebih gemar dan cenderung memilih bidang pekerjaan yang lebih ke arah praktikal seperti automobil, IT, dan banyak lagi. Pemilihan bidang pekerjaan ini mungkin disebabkan oleh remaja sekarang lebih sukakan sesuatu yang lebih mencabar, kreatif dan mempunyai sifat ingin tahu. Menurut sebuah penelitian dan kajian terhadap 500 orang remaja dan 1030 orang dewasa yang dilakukan oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT) serta bekerjasama dengan Lemelson, dapat menyimpulakan bahawa “Para remajalah yang akan menentukan dan melakukan semua inovasi teknologi itu”. selain itu, ia juga merungsikan apakah remaja-remaja saat ini sudah benar-benar menyedari bahawa akan pentingnya makna inovasi, kerana menurut penelitian tersebut dapat disimpulkan bahawa para remaja pada hari ini kurang berminat terhadap pekerjaan yang lebih ke arah pengajaran.


Tidak dilupakan, pada kenyataannya, lingkungan pergaulan dalam kelompok remaja cukup memberi pengaruh pada diri seseorang dalam memilih jurusan program pembelajaran di SMK maupun IPTA/IPTS. Mereka mungkin merasa tidak selesa kalau tidak sama dalam pemilihan jurusan atau program pembelajaran. Pengaruh teman sebaya ini bersifat eksternal. Bila remaja tidak mempunyai dorongan internal, minat atau kemampuan yang diperlukan untuk menyelesaikan suatu tugas atau tuntutan, maka kemungkinan akan mengalami kegagalan.



Menurut Tun Dr. Mahathir Mohd (1991), di dalam bukunya iaitu “20 tahun yang mengubah wajah Malaysia”  pernah berkata penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan. Dengan adanya kemudahan tersebut, negara Malaysia boleh melahirkan tenaga kerja mahir bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap profesionalismanya tetapi juga sentiasa bersedia untuk menerima perubahan. Di samping itu, Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor) ialah sebuah rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi maklumat. Tujuan (MSC) ini adalah mengubah rakyat supaya menjadi masyarakat yang berasaskan pengetahuan untuk menjurus ekonomi yang baru. Selain itu, Kehadiran teknologi dan sistem komputer telah menyebabkan pekerjaan mereka menjadi senang dan fleksibel. Oleh itu, bukan semua pekerja boleh menerima perubahan. Sebagai contohnya, pekerja emosional tidak boleh terima perubahan tersebut. Beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.

Di samping itu, secara normalnya remaja masa ini boleh memilih kerjaya tersendiri dengan mengikut kesesuain. Selain itu, remaja masa kini yang menetukan corak pembangunan, ekonomi  negara pada masa akan datang. Boleh dikatakan bahawa remaja kini lebih pintar berbanding remaja sebelum ini. Remajalah yang akan mencorak sesebuah Negara dan peranan remaja amat penting di dalam perkembangan teknologi masa ini seperti 3G, 4G, telenconfrence dan sebagainya. Oleh itu, remaja masa kini dapat mengikuti perkembangan teknologi dari tahun ke tahun. 




Tuesday, February 1, 2011

KEBERKESANAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI

     Perkembangan teknologi komunikasi di negara kita kini seiring dengan negara-negara maju yang lain.Walaupun perkembangan tidak sehebat negara Barat, namun kebanyakan organisasi di negara kita bergerak seiring dengan perkembangan yang dibawa oleh negara luar. Pelbagai teknologi telah digunakan dan diaplikasikan dalam setiap organisasi. Ternyata masyarakat kini dapat menerima teknologi- teknologi  yang baru diperkenalkan dengan baik.
     Proses komunikasi dalam organisasi amat penting untuk menguruskan sesebuah syarikat. Menurut Tabrani, (1996 ), dalam sesebuah organisasi seharusnya terdapat rantaian komunikasi yang erat daripada pengurusan atas ke bawah dan kejayaan dalam berkomunikasi yang jelas dan cepat adalah penting demi kecekapan organisasi.
    Komunikasi dalam organisasi dikatakan satu proses kerana setiap organisasi mempunyai sistem yang dinamik dan tebuka. Hubungan dalam organisasi dan perhubungan organisasi dengan orang luar dalam proses pertukaran mesej sering berlaku.
     Walaupun pada permulaan kemunculan teknologi baru organisasi dan tenaga kerja agak kekok dan sukar memahaminya, namun kini setelah dipelajari dan dipraktikkan dari masa ke semasa, ianya menjadi mudah dan kerja- kerja dalam sesebuah organisasi menjadi lebih fleksibel. Kemunculan mesin, telefon, internet dan teknologi- teknologi yang lain memudahkan perhubungan dan mengurangkan tekanan kepada pekerja. Kerja- kerja serta aktiviti- aktiviti organisasi dapat dilakukan dengan cepat, mudah dan berkesan.
    Menurut Richmond dan McCrosky (1992) dalam buku mereka yang bertajuk Organizational communication for Survival, mereka telah memberikan enam fungsi komunikasi dalam organisasi iaitu untuk memberitahu, mengawal, menggabung, mengurus, memujuk dan mesosialisasi. 
     Jika dibandingkan dengan masa lalu, tiada perkembangan teknologi menyebabkan aktiviti- aktiviti organisasi mengambil masa yang lama untuk sesuatu urusan dan tekanan kerja kepada pekerja- pekerja yang terpaksa menguruskan tugasan secara tradisional. Selain itu, teknologi yang canggih dan moden juga dapat mengurangkan tenaga pekerja. Organisasi tidak perlu menggaji ramai pekerja untuk aktiviti- aktiviti yang boleh diuruskan oleh mesin. 
      Selaras dengan kemajuan teknologi, proses komunikasi dalam organisasi menjadi lebih mudah dan cepat dengan adanya internet. Majikan masih boleh menyampaikan maklumat kepada pekerjanya di luar waktu bekerja. Pihak pengurusan terutamanya jabatan sumber manusia boleh berkongsi maklumat tenaga pekerjanya dengan cawangan organisasi mereka dengan mengunakan internet.

Wednesday, January 26, 2011

WANITA DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI

'Information Technology' atau ditafsirkan sebagai teknologi maklumat merupakan jaringan ilmu terkini yang memaparkan betapa hebatnya ketamadunan fikiran manusia kini. Melaluinya ilmu maklumat dapat disalurkan dengan lebih berkesan yang mana ruang lingkup kumpulan sasarannya juga tidak terbatas kepada kumpulan manusia yang hanya berada di suatu tempat yang sama sahaja. 

   Menurut Kenneth J. Gergen dalam " The Satured Self: Dilemmas of Identity in Contemporary Life" (2000), "Dengan teknologi canggih, kita mempunyai pandangan dan nilai dari sudut dunia. Kita juga mengambil banyak isyarat dari media sehingga identiti kita terus berubah dan kembali diarahkan sebagaimana kita bergerak mengharungi lautan hubungan yang terus berubah". (Jurnal YADIM, 2011 :3 )     
   Apabila kita berbicara mengenai teknologi,semua orang menyedari bahawa teknologi seringkali berubah dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman. Perubahan teknologi yang berlaku termasuklah perubahan dari segi teknologi maklumat, komunikasi dan penggunaan mesin-mesin yang lebih canggih pada masa ini.Dengan dunia yang serba moden ini, sebagai seorang pekerja tidak kira berada di sektor awam mahupun swasta, mereka perlu mengetahui cara penggunaan teknologi-teknologi ini agar tidak menjadi seperti kata pepatah melayu "seperti katak dibawah tempurung" kerana pada masa ini, majikan mencari tenaga kerja yang mahir menggunakan teknologi ini supaya dapat memudahkan proses pekerjaan tersebut. Kini, wanita memainkan peranan yang sangat penting dalam pelbagai industri seiring dengan kaum lelaki dalam menyumbangkan tenaga, kemahiran serta kepakaran dalam bidang pekerjaan bagi membantu meningkatkan ekonomi negara. Kaum wanita merupakan satu per tiga tenaga kerja yang memberikan sumbangan dalam bidang pekerjaan. Selain itu juga, peningkatan dalam tenaga kerja wanita dari tahun 1970 iaitu sebanyak 37.2 peratus kepada 46.7 peratus dalam tahun 1990.

         Walaupun separuh penduduk mana-mana negara terdiri daripada wanita, kaum Hawa masih dianggap kumpulan minoriti. Adakah ini disebabkan dunia masih dikuasai oleh kaum Adam? Adakah keadaan ini akan berubah setelah kaum Hawa menguasai teknologi maklumat (IT) dan dapat memperbaik nasib dan kedudukan mereka? Tidak kira apa jua pandangan lelaki, wanita mesti menguasai IT, kerana IT membuka laluan kepada wanita untuk membaiki diri dan mengubah imej mereka.
          Banyak perubahan sosioekonomi dan politik berlaku ke atas wanita, terutama di negara maju, berasaskan tinjauan yang berikut:Wanita akan merupakan 48 peratus tenaga kerja di Amerika Syarikat (AS) menjelang tahun 2005,Satu per tiga perniagaan di AS,48 peratus pekerja wanita menyumbang 50 peratus kepada pendapatan keluarga,82 peratus wanita kini mendapat pendidikan tinggi, selain mempunyai literasi computer,85 peratus wanita yang bekerja di AS mendapati kerjaya mereka sangatlah penting,65 peratus wanita berkerjaya dan mengurus rumah tangga,Wanita dijangka meliputi 48 peratus pengguna on-line dan internet menjelang tahun 2000.
       Perangkaan di atas menunjukkan wanita hari ini berbeza daripada dahulu. Tidak kira sama ada sebagai ibu, isteri, atau masih bujang, mereka perlu pandai membahagikan waktu, wang, dan kerja rumah. Senarai kerja wanita bertambah setiap masa. Oleh itu, 88 peratus daripada mereka mendapati media komunikasi, terutama internet, amat menjimatkan masa, lebih~lebih lagi membolehkan mereka berurusan dengan bank dan membeli-belah 24 jam, selepas balik dari kerja atau pada masa lapang.
             Perkembangan lain yang menyusul perubahan itu ialah hilangnya tanggapan bahawa dunia wanita adalah di rumah. Kebanyakan rumah tangga kini memerlukan pendapatan kedua-dua suami dan isteri. Perkembangan ini bukan sahaja membuka peluang baru kepada wanita, tetapi juga mengimbangi hubungan kuasa antara lelaki dengan wanita. Sehingga zaman perindustrian, kerjaya yang dipilih oleh wanita meliputi aktiviti tradisional, kerana 80 peratus daripada mereka bekeria dalam sektor perkhidmatan, perkeranian, kejururawatan, dan perkilangan. Kerja mereka dibayar upah yang murah, diberi status yang rendah; maka wanita tidak mempunyai kuasa dan pengaruh. Tetapi dalam era maklumat sekarang, yang dipentingkan ialah kekuatan intelektual.
       Industri maklumat yang menjadi kuasa utama penggerak ekonomi abad ke-21 telah membuka banyak peluang pekerjaan baru kepada wanita. Kerja yang dimaksudkan itu bukan sahaja terhad kepada membuat pengaturcaraan yang hanya boleh difahami oleh komputer dan penganalisis sistem, tetapi menghasilkan maklumat yang boleh difahami oleh manusia, sama ada pakar atau bukan pakar. Antaranya, membangunkan laman web, mengarang, dan melukis yang memerlukan bakat, kemahiran, latihan, kreativiti, dan pengalaman.
Wanita yang mempunyai literasi teknologi, terutama literasi komputer mendapati mereka boleh melakukan banyak kerja yang tidak dapat dilakukan oleh mereka dahulu. Kelebihan itu disebabkan teknologi maklumat telah mewujudkan fleksibiliti dan peluang yang tidak wujud sebelum ini. Antaranya:Mereka boleh mendapat maklumat daripada internet, pangkalan data, media massa, dan sebagainya.Mereka boleh berkomunikasi dengan bebas, maka boleh mencapai khalayak yang besar.Mereka boleh mengimbangi kerja rumah dengan kerja pejabat.Mereka boleh menyampaikan maklumat melalui internet tanpa perlu ditapis.Mereka yang berniaga boleh mengakses pasaran sejagat yang tidak mungkin dilakukan pada masa dahulu kerana kos pemasaran, pengiklanan, dan lain-lain.Wanita kini tidak perlu lagi menyerahkan tanggungjawab berkomunikasi kepada lelaki sahaja, sebagaimana mereka menyerahkan kuasa ekonomi dan politik kepada lelaki selama ini.Mereka boleh memaksimumkan kuasa telekomunikasi dan meminimumkan masa perjalanan, agar mempunyai lebih banyak masa bersama-sama dengan keluarga.Mereka boleh beroperasi dari rumah.Mereka yang sibuk boleh membeli-belah melalui internet 24 jam.
         Banyak peluang baru wujud daripada perubahan yang berlaku pada zaman maklumat. Hasilnya, pekerja wanita sudah meningkat. Nisbah pekeria wanita berbanding dengan lelaki meningkat daripada 1:5 pada tahun 1947 kepada 2:5 oada tahun 1970. Kini, 43 peratus pekerj di negara maju adalah wanita.
Wanita yang berpendidikan tinggi dan mempunyai literasi teknologi adalah wanita baru yang pandai komputer. Masalah yang paling ditakuti sekarang bukan teknologi, tetapi isi kandungan yang sesuai. Isi kandungan internet, misalnya, yang membuat orang ramai tertarik kepadanya, dan bukan teknologi. Namun, teknologi juga perlu diberi perhatian kerana teknologi yang lebih mudah, murah, dan cepat itu menarik lebih banyak orang. Buat masa ini, internet dimonopoli oleh lelaki dengan isi kandungannya berorientasi sukan, hiburan, dan sebagainya yang digemari oleh lelaki. Sebaliknya , maklumat yang dikehendaki oleh wanita adalah tentang pemakanan, resipi, masalah wanita, rawatan penyakit dan kecederaan ringan dengan segera, dos ubat dan kesan sampingannya. Maklumat itu menjadikan mereka ibu yang lebih bijak dan isteri yang lebih pandai mengurus kewangan keluarga.
       Banyak usahawan wanita telah membangunkan laman web dengan isi kandungan yang sesuai untuk wanita. Contohnya, Ellen Pack Nancy yang membangunkan WELL (whole Earth Electronic Link) di San Francisco. Yang penting ialah melalui internet, setiap pelanggan diberi layanan kelas pertama. Soalnya bagaimana mengubah internet menjadi female friendly? Mod komunikasi yang sama ditanggapi secara berlainan antara lelaki dengan perempuan.
TUJUH puluh peratus wanita dipertanggungjawabkan untuk mengurus kewangan keluarga: membayar bil bulanan, membeli-belah untuk keluarga, merancang percutian keluarga, dan membuat simpanan di bank. Oleh sebab itu teknologi tele-pembelian dan tele-perbankan cuba menjadikan wanita sebagai sasaran perniagaan mereka. Bagaimanapun, di Amerika Syarikat, 45 peratus wanita menggunakan internet, kerana lebih mudah (90%), boleh digunakan 24 jam (90%), seronok dan selesa (71%), mendapat produk baru pertama kali (60%), mengakses maklumat (90%), tidak berasa malu bertanya sesuatu yang "bodoh" di hadapan jurujual yang tidak dikenali dan yang tidak profesional (81%), boleh mendapat hiburan dan rangsangan tanpa meninggalkan rumah (69%), tidak mahu berkonfrontasi dengan jurujual yang agresif (85%), keselamatan diri terjamin di dalam rumah sendiri (76%), dan boleh berinteraksi dengan kawan walaupun berada di rumah sahaja.
           Dalam era maklumat, yang dipentingkan ialah kekuatan intelek. Banyak wanita merebut peluang dalam perkembangan teknologi komunikasi untuk merealisasikan potensi. Banyak di kalangan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi sehingga menjadi pakar dalam bidang masing-masing. Mereka menggunakan peluang itu untuk mencetuskan perubahan lain yang menguntungkan wanita sendiri. Sehubungan itu, teknologi komputer dalam era maklumat mempunyai kesan empowerment yang luar biasa dalam meningkatkan produktiviti, lantas menaikkan status wanita.
Teknologi cumalah alat. Ia tidak membezakan jantina, kerja, atau mesej. Yang boleh membezakan ialah isi kandungannya. Tetapi, untuk mendapatkan mesej dan maklumat, semua orang perlu menggunakan teknologi. Persoalan utama dalam konteks ini ialah kebolehan mengakses. Hal ini meliputi kemampuan memiliki teknologi, kemudahan prasarana, undang-undang, dan lain-lain. Oleh itu setiap wanita perlu kreatif dan inovatif.
Walaupun wanita berjaya dalam bidang perniagaan dan kerjaya lain, tidak banyak di kalangan mereka yang berjaya naik ke peringkat pengurusan pada tahun 1980-an. Sikap masyarakat, kekananan, dan faktor diskriminasi jantina adalah penyebab utama berlakunya situasi itu.  


      
        

Thursday, January 20, 2011

MASALAH TEKNOLOGI DALAM PEKERJAAN


      Kemajuan teknologi adalah sesuatu yang tidak mampu kita hindari dalam kehidupan ini, kerana kemajuan teknologi akan berjalan sesuai dengan kemajuan ilmu pengetahuan dan member kesan besar terhadap kemajuan suatu bidang. Setiap inovasi dicipta untuk memberikan manfaat positif bagi kehidupan manusia. Memberikan banyak kemudahan, serta sebagai cara baru dalam melakukan aktiviti manusia. Namun demikian, walaupun pada awalnya diciptakan untuk menghasilkan manfaat positif,namun terdapat juga masalah yang timbul di dari sudut yangl lain juga juga memungkinkan digunakan untuk hal negatif.

   Di antara masalah yang timbul ialah pemanfaatan teknologi komunikasi perniagaan oleh kumpulan pengganas yang semakin maju dalam penggunaan teknologi.Penggunaan informasi tertentu dan situasi tertentu yang terdapat di internet yang boleh disalahgunakan oleh pihak tertentu dan untuk tujuan tertentu.Selain itu juga.kecenderungan perkembangan teknologi dan ekonomi, akan member kesan kepada penyerapan tenaga kerja dan kelayakan tenaga kerja yang diperlukan. Kelayakan tenaga kerja dan jumlah tenaga kerja yang diperlukan akan mengalami perubahan yang cepat. Akibatnya, pendidikan yang diperlukan adalah pendidikan yang menghasilkan tenaga kerja yang mampu mentransformasikan pengetahuan dan skill sesuai dengan tuntutan keperluan tenaga kerja yang berubah tersebut kesan daripada kemajuan teknologi komunikasi pada masa kini.
   
     Sememangnya, kemajuan teknologi memberi kebaikan kepada manusia tetapi kemajuan teknologi ini juga memberi kesan negatif kepada manusia. teknologi yang semakin canggih akan mengakibatkan kurangnya tenaga buruh digunakan dalam sesuatu sektor. Impaknya, ini akan mengakibatkan pengangguran yang besar. Pengangguran yang tinggi akan memberi kerugian kepada negara. Kelemahan yang kedua ialah kebanyakkan pekerja menyalahgunaan kecanggihan teknologi di tempat kerja dalam tugas mereka. Contohnya, mereka bermain permainan komputer (games), melayari laman - laman sosial seperti facebook dan twistter yang tidak patut digunakan ketika waktu berkerja. Kelemahan ketiga,  teknologi yang canggih juga akan mengakibatkan masyarakat tidak berkemahiran dalam sesuatu pekerjaan. Hal ini kerana segala tugasan mereka dilakukan oleh mesin serta teknologi yang dimiliki kini.
 Kemajuan teknologi adalah sesuatu yang tidak mampu kita hindari dalam kehidupan ini, kerana kemajuan teknologi akan berjalan sesuai dengan kemajuan ilmu pengetahuan dan member kesan besar terhadap kemajuan suatu bidang. Setiap inovasi dicipta untuk memberikan manfaat positif bagi kehidupan manusia. Memberikan banyak kemudahan, serta sebagai cara baru dalam melakukan aktiviti manusia. Namun demikian, walaupun pada awalnya diciptakan untuk menghasilkan manfaat positif,namun terdapat juga masalah yang timbul di dari sudut yangl lain juga juga memungkinkan digunakan untuk hal negatif.

   Di antara masalah yang timbul ialah pemanfaatan teknologi komunikasi perniagaan oleh kumpulan pengganas yang semakin maju dalam penggunaan teknologi.Penggunaan informasi tertentu dan situasi tertentu yang terdapat di internet yang boleh disalahgunakan oleh pihak tertentu dan untuk tujuan tertentu.Selain itu juga.kecenderungan perkembangan teknologi dan ekonomi, akan member kesan kepada penyerapan tenaga kerja dan kelayakan tenaga kerja yang diperlukan. Kelayakan tenaga kerja dan jumlah tenaga kerja yang diperlukan akan mengalami perubahan yang cepat. Akibatnya, pendidikan yang diperlukan adalah pendidikan yang menghasilkan tenaga kerja yang mampu mentransformasikan pengetahuan dan skill sesuai dengan tuntutan keperluan tenaga kerja yang berubah tersebut kesan daripada kemajuan teknologi komunikasi pada masa kini.
   
     Sememangnya, kemajuan teknologi memberi kebaikan kepada manusia tetapi kemajuan teknologi ini juga memberi kesan negatif kepada manusia. teknologi yang semakin canggih akan mengakibatkan kurangnya tenaga buruh digunakan dalam sesuatu sektor. Impaknya, ini akan mengakibatkan pengangguran yang besar. Pengangguran yang tinggi akan memberi kerugian kepada negara. Kelemahan yang kedua ialah kebanyakkan pekerja menyalahgunaan kecanggihan teknologi di tempat kerja dalam tugas mereka. Contohnya, mereka bermain permainan komputer (games), melayari laman - laman sosial seperti facebook dan twistter yang tidak patut digunakan ketika waktu berkerja. Kelemahan ketiga,  teknologi yang canggih juga akan mengakibatkan masyarakat tidak berkemahiran dalam sesuatu pekerjaan. Hal ini kerana segala tugasan mereka dilakukan oleh mesin serta teknologi yang dimiliki kini.


Thursday, January 13, 2011

REVOLUSI PEKERJAAN


DULU DAN KINI... 
    
Pengenalan…
       Teknologi komunikasi di alaf ini merangkumi radio, televisyen, fibre optic, telefon mudah alih, satelit dan internet. Kemajuan dalam teknologi komunikasi telah menyebabkan dunia mengalami fenomena “Globalisasi” iaitu dunia tanpa sempadan, yang bermaksud manusia di seluruh dunia menggunakan kemudahan teknologi komunikasi untuk berhubungan antara satu sama lain tanpa sebarang halangan walaupun berada di satu tempat yang berbeza. 
Pekembangan teknologi komunikasi bermula pada zaman revolusi perindustrian di eropah iaitu pada akhir kurun ke 18 dan awal kurun ke 19. Perkembangan ini terjadi di sebabkan oleh perubahan besar dalam bidang pertanian, pembuatan dan pengangkutan yang telah memberi impak yang besar kepada sosio ekonomi dan kebudayaan di Britain. Terdapat beberapa orang sejarawan berpendapat revolusi perindustrian berlaku akibat perubahan sosial dan institusi yang berlaku setelah berakhirnya sistem feudal di Britain.
Pada tahun 1987, Rangkain Komputer Malaysia (RangKoM) dengan sambungan antarabangsa telah di tubuhkan. Pengguna (RangKoM) terawal di negara ini ialah universiti-universiti tempatan seterusnya mendapat sokongan daripada pihak swasta. Pada wal penubuhan (RangKoM) ia lebih tertumpu pada meld an forum elektronik.

Teknologi dan Pekerjaan…
      Apakah yang anda ketahui tentang maklumat? Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan ia mempunyai lebih daripada satu takrifan. Antara takrifannya ialah teknologi  manggambarkan pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
      Namun begitu, apakah kegunaan teknologi pada masa sekarang? Teknologi memainkan peranan penting dalam pekerjaan dan memberi kesan ke atas generasi akan datang. Malah, menunjukkan penggunaan teknologi dalam pekerjaan sangat menitikberatkan inovasi dalam membawa arus permodenana dalam pendekatan yang lebih sistematik dan tersusun. Menurut (Castells), tidak ada wujudnya struktur hubungan yang sistematik di antara penggunaan teknologi maklumat dengan evolusi pekerjaan dalam ekonomi dan keseluruhannya.
     Oleh itu,  teknologi telah memberi peluang yang besar dalam menimba pelbagai pengetahuan yang lebih berguna pada masa hadapan di mana generasi akan datang lebih berinformasi serta mengekalkan tahap hubungan yang lebih baik di antara semua. Contohnya, teknologi amat berguna kepada kita semua untuk berkomunikasi antara kedua belah pihak dalam urusan dalam dan luar perniagaan. Selain itu, ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data, pengurusan dan pemprosesan maklumat secara tepat dan mudah.

Beza Teknologi Dulu dan Kini…
Dahulu..
      Apakah kesan sebelum mempunyai teknologi dalam mencari perkerjaan? Dahulu, pekerja yang hendak mencari pekerjaan biasanya pergi secara langsung kepada syarikat yang di pilih dan bertanyakan perihal kekosongan jawatan. Individu yang menggunakan cara ini, akan merasa ia agak sukar dan membuang masa mereka, kerana besar kemungkinan firma tersebut tidak mempunyai kekosongan jawatan pada ketika itu.
       Selain itu, risiko yang di hadapi oleh masyarakat juga ialah, akan berlaku pembaziran wang dan masa semasa mencari pekerjaan. Contohnya, jika seseorang itu, ingin memohon kerja di tempat yang agak jauh, mereka memerlukan kos yang tinggi dalam menampung kos tambang pengangkutan, kos penginapan dan makan minum.
Apabila berlakunya perkembangan teknologi komunikasi iaitu selepas revolusi perindustrian, dimana teknologi percetakan mula di perkenalkan dan penerbitan akhbar dan majalah mula berkembang pengiklan mengenai jawatan kosong mula di terbitkan di akhbar dan majalah. Perkembangan teknologi ini membantu masyarakat dalam mencari peluang pekerjaan.

Kini…
      Pada zaman sekarang, perkembangan teknologi komunikasi yang semakin canggih dan moden telah memperkenalkan sistem internet yang di katakana era globalisasi. Melalui cara ini kita boleh mencari peluang pekerjaan di internet.  Contohnya, melalui jobstreet syarikat boleh membantu seseorang individu mencari kerja mengikut kelayakan dan kepakaran sedia ada. Jobstreet.com beroperasi perniagaan pada tahun 1997 dan ditubuhkan oleh (CEO Mark Chang Mun Kee) dibawah MOL.com. Website ini telah menyediakan perkhidmatan pencarian kerja dan pengambilan pekerja, e-commercee dan e- business.
      Selain itu, kerajaan kita juga telah menyediakan perkhidmatan seperti jobmalaysia kepada setiap orang yang ingin mencari kerja. Dalam website tersebut, sesiapa yang ingin memohon kerja hanya perlu meletakkan nama, tempat tinggal, nombor telefon, kelayakan dan kemahiran yang di miliki. Seterusnya, portal ini akan membantu kita menghantar permohonan kepada syarikat yang dipilih. Dengan adanya portal ini, kita akan menjadi lebih senang dalam mencari pekerjaan dengan  masa yang singkat.

Dunia Pekerjaan...
       Revolusi pekerjaan berlaku dengan pantasnya. Semakin hari dunia semakin berkembang dengan penggunaan teknologi. Dahulu, manusia hanya menggunakan type writter tetapi kini manusia menggunakan komputer sebagai mesin seharian kita. Fenomena ini diibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Ini disebabkan oleh kemajuan teknologi yang ingin dikecapi manusia. Dalam mengecapi kemajuan teknologi inilah menyebabkan manusia harus menanggung baik buruk dalam kemajuan teknologi.
          Manusia menggunakan teknologi untuk memajukan perniagaan. Dengan penggunaan teknologi ini membolehkan manusia dapat memberi produktiviti dan kecekapan yang tinggi dalam perniagaan. Tidak hairanlah, teknologi memainkan peranan yang amat penting dalam sistem pekerjaan di seluruh dunia. Dahulu, produktiviti manusia jatuh disebabkan kekurangan teknologi tetapi kini produktiviti manusia semakin berkembang dengan penggunaan teknologi yang meluas.