TecHcoMgrOup MemBers

TecHcoMgrOup MemBers
Teknologi komunikasi dan pekerjaan adalah faktor perubahan dalam pekerjaan pada masa kini lebih memerlukan tenaga mesin dari tenaga manusia.

Sunday, February 27, 2011

Keberkesanan MSC dalam teknologi pekerjaan

         Multimedia Super Koridor (MSC) yang diperkenalkan oleh bekas perdanamenteri keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. MSC ini ialah sebuah rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi maklumat. MSC juga dikenali sebagai Koridor Raya Multimedia bertujuan untuk menarik syarikat – syarikat dengan pengecualian cukai kerajaan sementara serta kemudahan – kemudahan lain seperti internet yang berkelajuan tinggi dan lokasinya yang berdekatan dengan lapangan terbang antarabangsa (KLIA). Dengan adanya projek ini akan merancakkan lagi teknologi dalam pekerjaan. Dengan wujudnya projek ini akan menggurangkan pengangguran dalam negara. Projek ini juga akan memudahkan pelaburan asing masuk kedalam negara dan akan menjana teknologi yang lebih maju dan membuka peluang pekerjaan di negara kita.

       Multimedia Super Koridor (MSC) yang dibangunkan untuk kemajuan teknologi ini akan merancakkan bidang pekerjaan dengan menjadikan teknologi di pejabat lebih cekap dan maju. Syarikat dapat memasarkan atau memperkenalkan produk dengan lebih cekap disebabkan kewujudan teknologi internet. Produk sesebuah syarikat dapat dipasarkan dengan lebih cekap dan ini akan memudahkan pemasaran ditahap global.
Selain itu, dengan adanya teknologi yang dibangunkan kerajaan ini akan mempercepatkan sesebuah industri kecil dan sederhana (IKS) memperkenalkan produk mereka untuk merentasi sempadan dan negara.

       Kerajaan membangunkan projek ini adalah untuk menjadi Malaysia setarap dengan negara maju dan Malaysia tidak mahu ketinggalan dari segi kemajuan teknologinya.

Wednesday, February 16, 2011

TEKNOLOGI PEKERJAAN MEMBERI KESAN KEPADA MASYRAKAT

Kesan kepada Masyarakat :Baik atau Buruk?


Negara yang pesat dan maju bukan sahaja boleh melihat dari segi politik dan ekonomi, tetapi ia juga boleh melihat berdasarkan teknologi. Contohnya, negara maju seperti US, Jepun, Korea boleh dianggkap Negara yang maju disebabkan Negara itu mempunyai teknologi yang agar canggih. Persoalan sudah datang: Adakah teknologi ini boleh membawa kemajuan sesebuah Negara? Seterusnya, teknologi yang canggih boleh membawa kesan positif atau negatif kepada masyarakat dalam pekerjaan.
Mengikut pandangan falsafah, mereka menggapkan teknologi ini hanya satu perkakasan dalam sebuah struktur organisasi yang mengandung nilai-nilai sosial, kemungkinan setiap individu mengumpulkan, memproses dan salin tukar-menukar informasi dengan individu-individu lain. Sebenarnya, hanya kepakaran dalam bidang komputer menggunakan perkakasan ini untuk menjalankan urusan dan perniagaan sahaja. Akan tetapi, teknologi ini juga boleh membawa impak positif kepada masyarakat dalam pekerjaan.
Untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara maju pada tahun wawasan 2020.
Tun Daktor Mahathir (1991) pernah berkata penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan. Dengan adanya kemudahan tersebut, Negara Malaysia baru boleh melahirkan tenaga kerja mahir yang bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap profesionalismanya tetapi juga sentiasa bersedia untuk menerima perubahan
Dengan adanya kemudahan ini, kerja kita akan menjadi ringan berbanding dengan dahulu. Pada tahun 60an-70an, dalam sebuah kilang kereta mereka hanya mengupah juruteknik untuk memasangkan kereta, tetapi sekarang masa sudah berubah hanya mesin atau robot yang tolong memasangkan kereta. Jadi, kerja juruteknik hanya berdiri di sebelah mesin dan jaga sahaja. Selain itu, kereta yang dihasilkan pada masa ini agar banyak berbanding pada zaman dahulu.
            Dengan adanya kemudahan teknologi dalam pekerjaan, masa yang digunakan adalah pendek berbanding dengan dahulu. Pada zaman dahulu, mereka hendak menulis data-data perniagaan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dan menggunakan file untuk simpan sahaja. Oleh itu, kebanyakan orang akan mengalami masalah dokumen hilang atau tercicir. Sekarang dengan adanya kemudahan seperti pendrive atau CD, kedua-dua perkakas ini boleh menolong kita menyimpan  data-data perniagaan. Selain itu, kita hanya taip nama pelanggan di dalam file itu, ia akan tolong kita mengeluarkan semua data dan informasi.
            Sebaliknya, teknologi ini boleh membawa impak negatif kepada masyarakat. Oleh sebab adanya kemudahan internet, mereka akan menggunakan masa bekerja untuk membuka facebook, msn, skype dan sebagainya. Malahnya, hasil kerja pekerja akan menjadi lambat dan tidak efisen. Ini akan mempengaruhi pengeluaran syarikat itu menjadi kurang.
            Selain itu, teknologi dalam pekerjaan akan membawa negatif kepada pekerja malas akan menjadi lebih malas. Sebagai contohnya, pekerja akan fikirkan perkakasan mesin atau robot ini boleh tolong mereka membuat kerja. Jadi, mereka hanya menekankan butang mesin sahaja, selepas itu mesin akan tolong mereka menghasilkan produk sahaja. Dengan adanya sikap pekerja itu, mereka akan menjadi lebih malas berbanding pada zaman dahulu.

Friday, February 11, 2011

TEKNOLOGI PEKERJAAN DAN REMAJA

Teknologi berasal dari bahasa Yunani, (tekhnologia) sehingga secara zahirnya bererti pembelajaran atau ilmu pekerjaan. Teknologi dapat dibahagikan kepada beberapa hal. Teknologi tidak dapat dipisahkan dari hidup manusia. Contoh teknologi yang kita gunakan itu dapat dilihat pada benda-benda di sekitar kita, misalnya radio. Radio dikembangkan oleh Guilelmo Marconi dari Italia sejak tahun 1895. Komputer juga merupakan contoh teknologi yang sangat memudahkan manusia. Pada awal dikembangkannya pada tahun 1945, komputer berukuran sebesar satu ruangan, tetapi kini komputer berukuran sangat kecil dan dapat dibawa ke mana-mana saja.

Dalam kenyataannya seorang remaja ketika menentukan pilihan kerjayanya, seringkali tidak dilakukannya sendiri. Berk (1993) menyatakan bahawa penentuan dan pemilihan kerjaya seorang remaja ditentukan oleh berbagai faktor antaranya orang tua, teman-teman, jantina, dan ciri-ciri diri sendiri. Berikut adalah penjelasan mengenai faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya pekerjaan pada remaja.


Remaja hari ini lebih gemar dan cenderung memilih bidang pekerjaan yang lebih ke arah praktikal seperti automobil, IT, dan banyak lagi. Pemilihan bidang pekerjaan ini mungkin disebabkan oleh remaja sekarang lebih sukakan sesuatu yang lebih mencabar, kreatif dan mempunyai sifat ingin tahu. Menurut sebuah penelitian dan kajian terhadap 500 orang remaja dan 1030 orang dewasa yang dilakukan oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT) serta bekerjasama dengan Lemelson, dapat menyimpulakan bahawa “Para remajalah yang akan menentukan dan melakukan semua inovasi teknologi itu”. selain itu, ia juga merungsikan apakah remaja-remaja saat ini sudah benar-benar menyedari bahawa akan pentingnya makna inovasi, kerana menurut penelitian tersebut dapat disimpulkan bahawa para remaja pada hari ini kurang berminat terhadap pekerjaan yang lebih ke arah pengajaran.


Tidak dilupakan, pada kenyataannya, lingkungan pergaulan dalam kelompok remaja cukup memberi pengaruh pada diri seseorang dalam memilih jurusan program pembelajaran di SMK maupun IPTA/IPTS. Mereka mungkin merasa tidak selesa kalau tidak sama dalam pemilihan jurusan atau program pembelajaran. Pengaruh teman sebaya ini bersifat eksternal. Bila remaja tidak mempunyai dorongan internal, minat atau kemampuan yang diperlukan untuk menyelesaikan suatu tugas atau tuntutan, maka kemungkinan akan mengalami kegagalan.



Menurut Tun Dr. Mahathir Mohd (1991), di dalam bukunya iaitu “20 tahun yang mengubah wajah Malaysia”  pernah berkata penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan. Dengan adanya kemudahan tersebut, negara Malaysia boleh melahirkan tenaga kerja mahir bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap profesionalismanya tetapi juga sentiasa bersedia untuk menerima perubahan. Di samping itu, Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor) ialah sebuah rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi maklumat. Tujuan (MSC) ini adalah mengubah rakyat supaya menjadi masyarakat yang berasaskan pengetahuan untuk menjurus ekonomi yang baru. Selain itu, Kehadiran teknologi dan sistem komputer telah menyebabkan pekerjaan mereka menjadi senang dan fleksibel. Oleh itu, bukan semua pekerja boleh menerima perubahan. Sebagai contohnya, pekerja emosional tidak boleh terima perubahan tersebut. Beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.

Di samping itu, secara normalnya remaja masa ini boleh memilih kerjaya tersendiri dengan mengikut kesesuain. Selain itu, remaja masa kini yang menetukan corak pembangunan, ekonomi  negara pada masa akan datang. Boleh dikatakan bahawa remaja kini lebih pintar berbanding remaja sebelum ini. Remajalah yang akan mencorak sesebuah Negara dan peranan remaja amat penting di dalam perkembangan teknologi masa ini seperti 3G, 4G, telenconfrence dan sebagainya. Oleh itu, remaja masa kini dapat mengikuti perkembangan teknologi dari tahun ke tahun. 




Tuesday, February 1, 2011

KEBERKESANAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI

     Perkembangan teknologi komunikasi di negara kita kini seiring dengan negara-negara maju yang lain.Walaupun perkembangan tidak sehebat negara Barat, namun kebanyakan organisasi di negara kita bergerak seiring dengan perkembangan yang dibawa oleh negara luar. Pelbagai teknologi telah digunakan dan diaplikasikan dalam setiap organisasi. Ternyata masyarakat kini dapat menerima teknologi- teknologi  yang baru diperkenalkan dengan baik.
     Proses komunikasi dalam organisasi amat penting untuk menguruskan sesebuah syarikat. Menurut Tabrani, (1996 ), dalam sesebuah organisasi seharusnya terdapat rantaian komunikasi yang erat daripada pengurusan atas ke bawah dan kejayaan dalam berkomunikasi yang jelas dan cepat adalah penting demi kecekapan organisasi.
    Komunikasi dalam organisasi dikatakan satu proses kerana setiap organisasi mempunyai sistem yang dinamik dan tebuka. Hubungan dalam organisasi dan perhubungan organisasi dengan orang luar dalam proses pertukaran mesej sering berlaku.
     Walaupun pada permulaan kemunculan teknologi baru organisasi dan tenaga kerja agak kekok dan sukar memahaminya, namun kini setelah dipelajari dan dipraktikkan dari masa ke semasa, ianya menjadi mudah dan kerja- kerja dalam sesebuah organisasi menjadi lebih fleksibel. Kemunculan mesin, telefon, internet dan teknologi- teknologi yang lain memudahkan perhubungan dan mengurangkan tekanan kepada pekerja. Kerja- kerja serta aktiviti- aktiviti organisasi dapat dilakukan dengan cepat, mudah dan berkesan.
    Menurut Richmond dan McCrosky (1992) dalam buku mereka yang bertajuk Organizational communication for Survival, mereka telah memberikan enam fungsi komunikasi dalam organisasi iaitu untuk memberitahu, mengawal, menggabung, mengurus, memujuk dan mesosialisasi. 
     Jika dibandingkan dengan masa lalu, tiada perkembangan teknologi menyebabkan aktiviti- aktiviti organisasi mengambil masa yang lama untuk sesuatu urusan dan tekanan kerja kepada pekerja- pekerja yang terpaksa menguruskan tugasan secara tradisional. Selain itu, teknologi yang canggih dan moden juga dapat mengurangkan tenaga pekerja. Organisasi tidak perlu menggaji ramai pekerja untuk aktiviti- aktiviti yang boleh diuruskan oleh mesin. 
      Selaras dengan kemajuan teknologi, proses komunikasi dalam organisasi menjadi lebih mudah dan cepat dengan adanya internet. Majikan masih boleh menyampaikan maklumat kepada pekerjanya di luar waktu bekerja. Pihak pengurusan terutamanya jabatan sumber manusia boleh berkongsi maklumat tenaga pekerjanya dengan cawangan organisasi mereka dengan mengunakan internet.