TecHcoMgrOup MemBers

TecHcoMgrOup MemBers
Teknologi komunikasi dan pekerjaan adalah faktor perubahan dalam pekerjaan pada masa kini lebih memerlukan tenaga mesin dari tenaga manusia.

Thursday, January 13, 2011

REVOLUSI PEKERJAAN


DULU DAN KINI... 
    
Pengenalan…
       Teknologi komunikasi di alaf ini merangkumi radio, televisyen, fibre optic, telefon mudah alih, satelit dan internet. Kemajuan dalam teknologi komunikasi telah menyebabkan dunia mengalami fenomena “Globalisasi” iaitu dunia tanpa sempadan, yang bermaksud manusia di seluruh dunia menggunakan kemudahan teknologi komunikasi untuk berhubungan antara satu sama lain tanpa sebarang halangan walaupun berada di satu tempat yang berbeza. 
Pekembangan teknologi komunikasi bermula pada zaman revolusi perindustrian di eropah iaitu pada akhir kurun ke 18 dan awal kurun ke 19. Perkembangan ini terjadi di sebabkan oleh perubahan besar dalam bidang pertanian, pembuatan dan pengangkutan yang telah memberi impak yang besar kepada sosio ekonomi dan kebudayaan di Britain. Terdapat beberapa orang sejarawan berpendapat revolusi perindustrian berlaku akibat perubahan sosial dan institusi yang berlaku setelah berakhirnya sistem feudal di Britain.
Pada tahun 1987, Rangkain Komputer Malaysia (RangKoM) dengan sambungan antarabangsa telah di tubuhkan. Pengguna (RangKoM) terawal di negara ini ialah universiti-universiti tempatan seterusnya mendapat sokongan daripada pihak swasta. Pada wal penubuhan (RangKoM) ia lebih tertumpu pada meld an forum elektronik.

Teknologi dan Pekerjaan…
      Apakah yang anda ketahui tentang maklumat? Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan ia mempunyai lebih daripada satu takrifan. Antara takrifannya ialah teknologi  manggambarkan pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
      Namun begitu, apakah kegunaan teknologi pada masa sekarang? Teknologi memainkan peranan penting dalam pekerjaan dan memberi kesan ke atas generasi akan datang. Malah, menunjukkan penggunaan teknologi dalam pekerjaan sangat menitikberatkan inovasi dalam membawa arus permodenana dalam pendekatan yang lebih sistematik dan tersusun. Menurut (Castells), tidak ada wujudnya struktur hubungan yang sistematik di antara penggunaan teknologi maklumat dengan evolusi pekerjaan dalam ekonomi dan keseluruhannya.
     Oleh itu,  teknologi telah memberi peluang yang besar dalam menimba pelbagai pengetahuan yang lebih berguna pada masa hadapan di mana generasi akan datang lebih berinformasi serta mengekalkan tahap hubungan yang lebih baik di antara semua. Contohnya, teknologi amat berguna kepada kita semua untuk berkomunikasi antara kedua belah pihak dalam urusan dalam dan luar perniagaan. Selain itu, ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data, pengurusan dan pemprosesan maklumat secara tepat dan mudah.

Beza Teknologi Dulu dan Kini…
Dahulu..
      Apakah kesan sebelum mempunyai teknologi dalam mencari perkerjaan? Dahulu, pekerja yang hendak mencari pekerjaan biasanya pergi secara langsung kepada syarikat yang di pilih dan bertanyakan perihal kekosongan jawatan. Individu yang menggunakan cara ini, akan merasa ia agak sukar dan membuang masa mereka, kerana besar kemungkinan firma tersebut tidak mempunyai kekosongan jawatan pada ketika itu.
       Selain itu, risiko yang di hadapi oleh masyarakat juga ialah, akan berlaku pembaziran wang dan masa semasa mencari pekerjaan. Contohnya, jika seseorang itu, ingin memohon kerja di tempat yang agak jauh, mereka memerlukan kos yang tinggi dalam menampung kos tambang pengangkutan, kos penginapan dan makan minum.
Apabila berlakunya perkembangan teknologi komunikasi iaitu selepas revolusi perindustrian, dimana teknologi percetakan mula di perkenalkan dan penerbitan akhbar dan majalah mula berkembang pengiklan mengenai jawatan kosong mula di terbitkan di akhbar dan majalah. Perkembangan teknologi ini membantu masyarakat dalam mencari peluang pekerjaan.

Kini…
      Pada zaman sekarang, perkembangan teknologi komunikasi yang semakin canggih dan moden telah memperkenalkan sistem internet yang di katakana era globalisasi. Melalui cara ini kita boleh mencari peluang pekerjaan di internet.  Contohnya, melalui jobstreet syarikat boleh membantu seseorang individu mencari kerja mengikut kelayakan dan kepakaran sedia ada. Jobstreet.com beroperasi perniagaan pada tahun 1997 dan ditubuhkan oleh (CEO Mark Chang Mun Kee) dibawah MOL.com. Website ini telah menyediakan perkhidmatan pencarian kerja dan pengambilan pekerja, e-commercee dan e- business.
      Selain itu, kerajaan kita juga telah menyediakan perkhidmatan seperti jobmalaysia kepada setiap orang yang ingin mencari kerja. Dalam website tersebut, sesiapa yang ingin memohon kerja hanya perlu meletakkan nama, tempat tinggal, nombor telefon, kelayakan dan kemahiran yang di miliki. Seterusnya, portal ini akan membantu kita menghantar permohonan kepada syarikat yang dipilih. Dengan adanya portal ini, kita akan menjadi lebih senang dalam mencari pekerjaan dengan  masa yang singkat.

Dunia Pekerjaan...
       Revolusi pekerjaan berlaku dengan pantasnya. Semakin hari dunia semakin berkembang dengan penggunaan teknologi. Dahulu, manusia hanya menggunakan type writter tetapi kini manusia menggunakan komputer sebagai mesin seharian kita. Fenomena ini diibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Ini disebabkan oleh kemajuan teknologi yang ingin dikecapi manusia. Dalam mengecapi kemajuan teknologi inilah menyebabkan manusia harus menanggung baik buruk dalam kemajuan teknologi.
          Manusia menggunakan teknologi untuk memajukan perniagaan. Dengan penggunaan teknologi ini membolehkan manusia dapat memberi produktiviti dan kecekapan yang tinggi dalam perniagaan. Tidak hairanlah, teknologi memainkan peranan yang amat penting dalam sistem pekerjaan di seluruh dunia. Dahulu, produktiviti manusia jatuh disebabkan kekurangan teknologi tetapi kini produktiviti manusia semakin berkembang dengan penggunaan teknologi yang meluas.

No comments:

Post a Comment